Ahad, 9 Ogos 2009


manusia memang x pernah puas dengan apa yang telah mereka miliki....sampaikan hak milik orang lain pun ingin dirampas...kadang-kadang jika kita lihat realiti kehidupan ini memang pelik, yang menjadi persoalannya sekarang ialah betapa teganya orang-orang ini melihat kesengsaraan empunya milik..aku ada mendengar cerita dari sahabat baik ku tentang seorang makcik yang mempunyai 7 orang anak kecil ini terpaksa menanggung hidup serta anak-anaknya sendirian setelah ditinggalkan suaminya. kabarnya suaminya telah bermain kayu tiga dengan seorang anak dara tua @ ringkasannya "andartu". memang dasar orang tua gatal, yang lebih memedihkan hati makcik tua tersebut ialah apabila bekas suaminya itu telah memalukan dirinya dengan mengaku di depan orang ramai bahawa dia menyintai andartu tersebut. erm......kesian kan??
Memang tidak boleh disalahkan seorang saja, sebab takkan "pokok bergoyang jika tiada angin meniupnya" . Jadi, aku dapat simpulkan di sini bahawa betapa kejamnya wanita itu kerana sanggup menyakiti wanita lain padahal perasaan wanita itu dapat diselami oleh seorang yang bernama wanita.....

1 ulasan:

  1. Jika sdr terus melangkah untuk mencari ilmu dengan ghairah, nescaya Allah akan memberikan jalan yang lapang. Ilmu akan mencerahkan pemikiran. setapak kita digiring guru, sepuluh langkah kita perlu bergerak sendirian.

    BalasPadam