Isnin, 12 Oktober 2009

dedikasi buat sahabatku...Ismi...



Masih ku ingat, pada suatu hari Kau kelihatan resah dan gelisah. Aku cuba bertanyakan padamu apakah yang menyebabkan Kau berkelakuan sedemikian rupa. Tiba-tiba kau meminta aku menulis sebuah lirik lagu yang mempunyai perasaan Kau ketika itu. Dan ini adalah hadiah dariku yang tidak seberapa buatmu........


Rintihan ku

(Di dedikasikan buat Ismi)

Hatiku merintih

Merayu mencari diri

Namun tak ku duga

Apa yang bermain

Berlegar di ruang hati

Walau seketika

Walau kadang hilang

Tetapi seringkali

Ingin ku gagahkan diri

Merungkai segala

Penuhi segala mahuku

Dalam sendirian ku fahami

untuk mencari pengertian

Yang selubungi kalbu

Dalam mengungkap kata

Dalam gerak tingkahku

Untuk membuka persoalan yang mencengkam….