Rabu, 9 Jun 2010

Teman


‘ Teman, kawan, sahabat, rakan, dan yang sama waktu dengannya. Sesungguhnya, dalam hidup ini kita perlukannya. Ketawa, riang, sihat dan gembira selalu bersama. Sedih, duka, kecewa, dan sakit tetap bersama. Itulah maksud sebenarnya.’

Aku akui aku amat sayang dan hormati nilai sebuah persahabatan. Tapi, kadangkala aku tidak dihargainya, memanglah diri ini berasa kesal dan kecewa dengan sikapnya yang kadangkala buat aku dan orang-orang sekeliling berasa loya dan menyampah, namun apakan daya itu jalan yang dipilihnya, aku harap dia akan tersedar dari khalayannya yang kian hanyut dibawa nafsu semata. Huh! Terasa rindu pada keakraban yang pernah terjalin suatu ketika dahulu, bersama-sama mengharungi hidup di Kota metropolitan yang penuh godaan. Rupa-rupanya dia bukan seperti aku yang mampu hidup tanpa lelaki di samping. Dalam diam-diam hubungan cinta antara dia dan kekasih barunya telah membawa semangat dan rohnya pergi jauh dariku walaupun jasadnya berada di depan mata. kawan-kawan yang lain turut berasa akan perubahan drastik dan negatif yang berlaku dalam dirinya. Aku cuba membuta tulikan diri ini, namun gagal kerana sifat perikemanusiaan yang tertanam dalam diri. Aku tidak mahu dia mengecewakan orang-orang yang mengharapkan dan menyayanginya nun jauh di seberang laut China Selatan. Memang aku menyayanginya, dan berharap persahabatan ini terus kukuh. Tapi apakan daya, dia telah menghakis sedikit demi sedikit kepercayaan aku terhadapnya hingga membuatkan aku benci dan geram pada dirinya.

‘ Kadangkala, hanya diri ini yang menghargai nilai sahabat,
Tapi, baginya nilai sahabat itu peneman di kala susah..’