Rabu, 8 Disember 2010

wali band-tomat taubat maksiat (lirik) 1

JANGAN MENCACI SESAMA KITA

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)

Rabu, 1 Disember 2010

Nasihat sepanjang zaman


Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat

Penyakit umat

Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.

(Hadith Riwayat Al-Haakim)

Jumaat, 26 November 2010

Drama pendek ( komedi )

EXT. PERKUBURAN USANG - MALAM
Pelakon: Hantu Gemuk (Angah) & Hantu Air (Tauke)

Hantu Air bangun dari kuburnya.
Mengambil tuala dan mengelapkan tubuhnya yang basah kuyup.
Terdengar bungi tapak kaki gajah berjalan.
Bunyi hampir dekat. Semua pokok-pokok bergoyang.
Hantu Air panik. Mengigit jari. Mata memandang ke semua arah.
Hantu Gemuk muncul dengan bengis.

HANTU GEMUK
Hey siapa kau..?

Sambil menunding jari ke arah Hantu Air

HANTU AIR
Eeeh..kau..(senyum)...aku la Hantu Air. .......

Hantu Air rasa lega.

HANTU AIR (CONT'D)
Aku ingatkan gajah...

HANTU GEMUK
Tu..adik beradik tiri aku..leh aku lepak dengan kau..aku penat nih..

Menghampiri Hantu Air

HANTU AIR
Duduk lah...

Hantu Gemuk duduk

HANTU GEMUK
Pasal kau basah lenjun ni?

HANTU AIR
Ada kena mengena dengan kematian aku...cara aku mati dulu teruk... Mati dalam perigi buta...ish ish ish...(sambil mengelap air dibadan)

HANTU GEMUK
Oooo...sian dia...

HANTU AIR
Kau pulak..

HANTU GEMUK
Aku lagi teruk...aku mati tercekit Telur dan ayam..

HANTU AIR
Haa ha haa...tragisnya

HANTU GEMUK
Panjang citenya...kalau tak malu nak dengar, boleh aku citekan..

HANTU AIR
Leh jugak sambil lepak-lepak ni..kira macam tengok wayang lah

HANTU GEMUK
Begini...(merenung ke langit)

Hantu Air memandang Hantu Gemuk dan bersama memandang ke langit
DISSOLVE TO FLASHBACK:

EXT. DALAM KERETA - SIANG (FLASHBACK)
Pelakon: Hantu Gemuk (Angah)

Angah kelihatan gelisah dalam keretanya.
Dia memandu laju ke pejabatnya.
Telefon bimbitnya berdering. Angah mencapai bluetooth dan dilekatkan di telinganya.

ANGAH
Haahh...apasal

LATIP (V.O.)
Dia datang lagi...(tercungap-cungap)

ANGAH
Confirm...?(geram)

LATIP (V.O.)
Sumpah bang, takkan adik kandung abang ni nak tipu lak..

ANGAH
Ok..ni super-super devil man datang..siap la kau Siah..

Angah terus buat u-turn maut dan drift terus pecut pulang ke rumahnya kembali.

CUT TO:

EXT. RUMAH ANGAH/ LAMAN RUMAH - SIANG (FLASHBACK)

EST: rumah kampung yang bilik mandinya ada telaga.
Pelakon: Angah(35) dan Siah(25).

Angah keluar dari kereta.
INSERT: KASUT LELAKI LAIN KAT TANGGA RUMAH ANGAH
Angah mendekati tangga rumahnya dan mengambil kasut lalu mencium bau kasut tersebut.

ANGAH
Hampeh...

Mencampak kasut ke tepi dan mengusap hidung.
Angah berpusing-pusing keliling rumah.
Sampai kat belakang rumah terdengar Siah sedang mandi.

SIAH (O.S.)
Abang ke tu..(melaung)

ANGAH
Ko...mandi ke..ngam sapa?

SIAH (O.S.)
Dengan baldi..gayung pun ada.

Angah melulu ke pindu depan dan masuk ke rumah.
CUT TO:

INT. RUMAH ANGAH/ DALAM RUMAH- SIANG (FLASHBACK)
Pelakon: Angah(35) dan Siah(25).

Angah mencari-cari (lelaki asing) diserata tempat dalam rumahnya.
Hampir putus asa. Terfikir mungkin dalam bilik air.
Melulu ke bilik air dan mengetuk pintu.

ANGAH
Siah..buka pintu

SIAH (O.S.)
Masuk la bang pintu tak kunci

Angah masuk dan memandang keliling bilik air.

SIAH
Cari pe ..bang?

Angah hairan tak ada sesiapa selain daripada siah (isterinya) dalam bilik air.

SIAH
Apasal abang nih..jom bang kita makan...siah masak telur kicap dan ayam goreng kenturky buat abang..

Siah menyentuh pipi Angah sambil berjalan manja keluar daripada bilik air.

ANGAH
Ayam..Telur..Telur..Ayam..aaahhh

Keluar daripada bilik air dengan sukahati

CUT TO REAL TIME:

EXT. PERKUBURAN USANG - MALAM
Pelakon: Hantu Gemuk (Angah) & Hantu Air (Tauke)

HANTU AIR
Kau cari sapa...? (bingung)

HANTU GEMUK
Gini...aku wasangka sikit dengan bini aku...al maklumlah adik aku yang dungu tu...apa ke namanya....aaaa Latip.. Dia kata bini aku ada main kayu tiga

HANTU AIR
So, ko dapat ke tangkap ....

HANTU GEMUK
Tak..puas aku cari keliling rumah tak ada, dalam rumah pun tak ada, tapi aku ada nampak kasut laki.last-last aku penat sangat...aku makan nasi..

HANTU AIR
Makan nasi.....

HANTU GEMUK
Lauk telur..ayam..sedap...(teruja)

CUT TO FLASHBACK:
INT. RUMAH ANGAH/ DALAM RUMAH- SIANG (FLASHBACK)
Pelakon: Angah(35) dan Siah(25)

Angah makan dengan gelojohnya di meja makan.
Siah mengintai dari dalam bilik.

SIAH
Sedap ke bang..? (Manja)

ANGAH
Uuummm.......(sambil makan)

Tiba-tiba Angah tercekik.
Meronta-ronta, mengetuk meja dan menjolok mulutnya yang tersekat sesuatu.
Siah dari dalam bilik, diam, tersenyum jahat.
Angah rebah tersungkur.
Nasi dan lauk berteraburan.
Siah tersenyum girang.

CUT TO REAL TIME:

EXT. PERKUBURAN USANG - MALAM
Pelakon: Hantu Gemuk (Angah) & Hantu Air (Tauke)

Hantu Air terlopong mendengar cerita.

HANTU GEMUK
Aku tak sangka pulak..aku mati (sedih)

HANTU AIR
Bini ko, nama apa?

HANTU GEMUK
Pasal(kenapa)?..ko dah arwah..confirm dia tak nak..haa haa..

Hantu Air memandang serius hantu Gemuk

HANTU GEMUK (CONT'D)
Ok..nama Siah, cantik orangnya, muda 10 tahun dari aku..

HANTU AIR
Siah.........(terkejut)

Hantu Gemuk memandang hairan melihat Hantu Air.

CUT TO FLASHBACK:
INT. RUMAH ANGAH/ DALAM BILIK AIR - SIANG
Pelakon: Tauke & Siah.

INSERT: PERIGI BUTA
Kelihatan mayat Tauke terapung dipermukaan air
Siah masuk ke dalam bilik air.

SIAH
(berjalan menuju ke perigi)
Bang...dah boleh keluar..si gemuk tu dah meninggal...

SIAH (CONT'D)
(terkejut melihat mayat terapung)aaaaaaaaaahhh...

TAUKE (V.O.)
Kenapa..la kau tak check kat dalam perigi buta..? Kalau kau check confirm kita berdua hidup lagi....

FADE TO BLACK.
END

Selasa, 23 November 2010

Hidup Beerti

kenangan bersama 'buntaq'


alahai....rindunya aq kat c Buntaq, dah genap sebulan Buntaq meninggalkan aq,. dulu semasa Buntaq masih hidup, ada juga kawan untuk aq luahkan perasaan yang terbuku di hati ni. Aq ingat lagi keletah kau yang lincah dan suka perasan cantik, tapi kau memang cantik pun, hehehe.. aq harap kau bahagia di alam sana, dan yang pastinya jangan lupakan aq taw.. Walaupun kau cuma seekor ikan laga, tapi bagi aq kau adalah ikan yang paling cantik dan manis. T_T

Isnin, 22 November 2010

Juarakah??



Semalam aku membantu sahabat baikku Masrianti menyanyikan liriknya dalam exam penulisan lirik, memang aku teruja untuk menyanyikan lagu zapin ni walaupun aku tak pernah nyanyi lagu tradisional terutamanya lagu zapin, tapi aku akui lirik yang ditulis oleh Mas memang berkesan. sebenarnya aku bukannya nak cerita pasal aku nyanyi pun tapi yang paling penting di sini aku nak beritahu pasal sikap segelintir budak junior terutamanya budak vokal yang perasan hebat. Terkejut gak lah dengan keperasanan mereka, siap cakap yang dorang tu juara..masalahnya juarakah? adoi.... heran bin pelik betullah. Belum cipta nama hebat lagi dah berlagak, macammana nak berjaya? baru-baru ni aku telah berjumpa dengan penyanyi nasyid yang telah hidup lama berkecimpung dalam dunia hiburan iaitu abang Zaidi Wildan. Aku kagum dengan sikapnya yang amat merendah diri dan sudi berkongsi pandangan beliau. kesimpulannya, juara tetap juara. Jadi tak payahlah nak perasan juara kalau masih tak layak dipanggil juara.

Jumaat, 19 November 2010

kerinduan menjelma

Malam yang ditemani hujan renyai-renyai ini membuatkan aku terkesima seketika apabila terdengar lagu 'airmata kasih' nyanyian Saleem. lirik dalamnya penuh makna tersirat yang mampu membuatkan hati ini sebak. Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini memerlukan kekuatan untuk meneruskan perjalanan ke arah kejayaan dengan diiringi keredhaanmu. Ya, aku akui...aku memang telah pergi jauh dari Nya sebelum ini, tapi berikanlah aku peluang untuk menjadi insan yang bernama manusia. Aku memohon kepada Mu dan jauhkanlah aku dari kejahilan.. Aku juga bersyukur kerana bertemu dengan insan-insan yang banyak membantu aku. Terima kasih banyak-banyak, hanya Allah S.W.T mampu membalas jasa kalian.

' misery' sebuah karya yang mengujakan


Menceritakan tentang seorang novelis romantik popular, Paul Sheldon bercuti ke Colorado pada setiap kali musim sejuk untuk menulis novel bersiri yang menampilkan heroin Misery Chastain.Pada suatu hari, Paul telah memandu dalam keadaan mabuk dan gagal mengawal keretanya lalu terlibat dalam kemalangan jalanraya. Beliau telah diselamatkan oleh Annie yang menghidapi penyakit skizofrenia dan Annie juga merupakan peminat nombor satu Paul. Annie telah merawat paul dengan bersungguh. Paul pula hanya bergantung kepada Annie untuk meredakan kesakitan yang dialaminya. Apabila Annie mendapat tahu mengenai karya terakhir Paul yang telah mematikan watak utama novel tersebut, dia telahmemaksa paul untuk memusnahkan karya tersebut dan mengarahkannya untuk menulis cerita yang baru. Maka bermulalah penderitaan paul.

Siti Nurhaliza - Selawat

Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta

Selasa, 10 Ogos 2010

Kuharapkan Ramadhan Kali Ini Akan Lebih Bermakna Dari Ramadhan² Yang Lepas. Sesungguhnya Akan Kuhargai Ramadhan Ini Seperti Tiada Lagi Ramadhan Buatku. Semoga Iman & Takwa Dalam Diri Ini Dapat Ditingkatkan. Insya-Allah......



Rabu, 9 Jun 2010

Teman


‘ Teman, kawan, sahabat, rakan, dan yang sama waktu dengannya. Sesungguhnya, dalam hidup ini kita perlukannya. Ketawa, riang, sihat dan gembira selalu bersama. Sedih, duka, kecewa, dan sakit tetap bersama. Itulah maksud sebenarnya.’

Aku akui aku amat sayang dan hormati nilai sebuah persahabatan. Tapi, kadangkala aku tidak dihargainya, memanglah diri ini berasa kesal dan kecewa dengan sikapnya yang kadangkala buat aku dan orang-orang sekeliling berasa loya dan menyampah, namun apakan daya itu jalan yang dipilihnya, aku harap dia akan tersedar dari khalayannya yang kian hanyut dibawa nafsu semata. Huh! Terasa rindu pada keakraban yang pernah terjalin suatu ketika dahulu, bersama-sama mengharungi hidup di Kota metropolitan yang penuh godaan. Rupa-rupanya dia bukan seperti aku yang mampu hidup tanpa lelaki di samping. Dalam diam-diam hubungan cinta antara dia dan kekasih barunya telah membawa semangat dan rohnya pergi jauh dariku walaupun jasadnya berada di depan mata. kawan-kawan yang lain turut berasa akan perubahan drastik dan negatif yang berlaku dalam dirinya. Aku cuba membuta tulikan diri ini, namun gagal kerana sifat perikemanusiaan yang tertanam dalam diri. Aku tidak mahu dia mengecewakan orang-orang yang mengharapkan dan menyayanginya nun jauh di seberang laut China Selatan. Memang aku menyayanginya, dan berharap persahabatan ini terus kukuh. Tapi apakan daya, dia telah menghakis sedikit demi sedikit kepercayaan aku terhadapnya hingga membuatkan aku benci dan geram pada dirinya.

‘ Kadangkala, hanya diri ini yang menghargai nilai sahabat,
Tapi, baginya nilai sahabat itu peneman di kala susah..’

Sabtu, 3 April 2010

Gaya bahasa

Dalam penulisan kreatif terdapat gaya bahasanya yang tersendiri demi menimbulkan keindahan dalam berbahasa. Bagi masyarakat Melayu khususnya, atau masyarakat timur amnya, gaya dalam berbahasa kerana masyarakat Melayu penuh dengan kesantunan. Kritikan atau teguran misalnya, tidak disampaikan secara terus demi menjaga maruah orang yang ditegur. Demikianlah sifat masyarakat kita yang amat mementingkan adab. Masyarakat Melayu tradisional yang hidup berdamping dengan alam sering menjadikan alam sebagai alat perbandingan untuk menyatakan hasrat dan persepsi mereka tentang segala perkara. ‘ Alam terbentang jadikan guru’ merupakan ungkapan peribadi orang melayu kerana alam dan sunahnya tidak menipu. Gerak awan sebelum turunnya hujan, ombak lautan yang berselang seli santun dan ganasnya, pucuk tumbuhan yang seragam sifatnya pada setiap musim, dan begitu juga sifat haiwan yang tidak berubah polanya sentiasa menjadi rujukan masyarakat Melayu tradisi. Mereka menjadikan alam sebagai pembayang kepada rentak dan tingkah manusia supaya hasrat dan aspirasi mereka tersampai secara halus, sesuai dengan kehalusan budi dan daya manusia Melayu. Inilah keunikan bangsa yang seharusnya disuburkan demi memastikan budaya halus Melayu tetap terjaga.

Biarpun masa berubah dan manusia Melayu sudah dirempuh oleh peradaban besar dunia yang semakin berkuasa lantaran terbukanya langit maklumat, sahsiah murni bangsa wajar dikekalkan. Dalam hubungan ini, bentuk pengucapan secara berkias, baik dalam komunikasi bersemuka mahupun dalam budaya tulisan perlu diajarkan kepada generasi kini.

Terdapat beberapa gaya bahasa tradisional yang kini masih dan sering digunakan iaitu

  • Simile
  • Metafora
  • Personifikasi
  • Depersonifikasi
  • Hiperbola
  • alusi

Ahad, 28 Mac 2010

Tahajjud Cinta




Kau Datang Ketika Duka, Dan Bintang Bercahaya

Tunjukku Jalan Syurga

Ku Haus Di Tengah Laut, Lemas Mencari Tempat Berpaut

Kirimkan Aku Kekuatan, Peta Pedoman Di Kesesatan

Ku Sunyi Dalam Gembira

Perit Pedih Tanggung Derita, Sungguh Aku Bukan Wali

Yang Suci Dari Hina Dan Benci


Terlalu Lama Aku Mencuba, Terlalu Banyak Cinta Yang Ku Damba

Tiada Yang Sempurna Hanyalah Fana, Tuhan Ampuni HambaMu



Ku Rebah Di Dada Malam, Memecah Dendam Yang Lama

Diam Kutanggalkan Baju Dunia, Dakapku Dengan Selimut Syurga

Ya Tuhanku, Hanya Padamu, Tempat Mengadu Segala Rindu

Limpahiku Rahmat KasihMu

Dalam Tahajjud Cinta Bersujud...

Jumaat, 26 Mac 2010

kenapa perlu ada dengki dan cemburu???

Sungguh aku tidak mengerti akan keadaan yang penuh dengan perasaan dengki dan cemburu, padahal itu adalah kejayaan dan kelebihan kaum sejenis, sebangsa dan seagama....
sememangnya tiada manusia yang lahir dengan kesempurnaan, jadi perlukah melontarkan penghinaan itu terhadap ketidaksempurnaan insan yang lain!! sungguh memalukan dan 'kau' ibarat meludah ke muka sendiri'!! beringatlah 'kau' seseungguhnya Tuhan tu Maha adil.


Sabtu, 13 Mac 2010

Mereka jua punya hati dan perasaan...

sedih dan rawan hati ini tatkala aku melihat seorang insan kurang upaya bekerja sedaya upaya untuk mencari sesuap nasi, sedangkan orang di sekelilingnya memandang rendah akan kemampuannya.....
'lembap!! bodoh!!!' itulah perkataan yang aku dengar dan ditujukan buat insan lemah itu. Aku lihat dia cuma mampu menahan hiba dan diam tunduk ke lantai. Ya Allah....airmata ini sudah tidak mampu kutahan lagi, aku cuba untuk melarikan mata dan hatiku dari mengambil peduli hal insan lemah itu. Tapi apakan daya aku tidak mampu mengusir naluri kemanusiaan ini....
Aku sering tertanya kenapa masih ada insan yang tidak mempunyai perikemanusiaan, sedangkan kita sama-sama menumpang hidup di bumi yang sementara ini, cuma mungkin kita lebih bertuah dilahirkan lebih baik dari mereka yang tidak berkemampuan....