Khamis, 30 Julai 2009

langkahan kaki..


Kaki

Langsung dia berlari

Mencari punca suara

Syahdu, sayup-sayup kedengaran

Di sebalik pekikan suara jeritan itu

Meraba-raba kehilangan arah

Seperti anak ayam kehilangan ibunya

Aduh! Sungguh kasihan kelihatannya

Mulut kumat-kamit mengucapkan syukur

Walaupun Cuma sedikit sahaja namun cukup untuk mengisi kekosongan perut…

Dia berjalan lagi

Berjalan menuju ke depan

Mengikut langkahan kaki yang semakin longlai

Namun digagahkan jua

Dikuatkan jua semangat diri demi meneruskan jejak

Mencari abdi punca meneruskan hidup.

merentas emosi


khayalan dan kenyataan

Setiap hari kita berbicara

Berbicara dengan diri sendiri

Berbicara dengan alam

Berbicara dengan segalanya

Walaupun tanpa disedari

Terpaku, terlena, dan terbuai,

Terawang-awang dengan mainan emosi

Terlontar dengan ilusi dan kenyataan

Segala persoalan

Segala perkiraan masa dan ketika

Terhenti seketika...........

Ibu tersayang


Janjiku buat ibu

Karya : Noor hafidzanee Dzullailee

ibu,

Aku bangga akan dirimu

Aku teruja jadi zuriatmu

Rasa seakan tuah buat diriku

Ibu,

Belaian kasih, usapan lembut dan suara sayang

Bermain di benakku

Hingga mengalir juntaian air mataku

Perlahan turut terasa rindu

Rindu, rindu yang tak akan habis

Di telan masa

Walau sesaat

Aku berjanji

Akan menggamit kejayaan

Untuk ibu yang tercinta

Mengotakan sumpahku

Menbahagiakan ibu.....

renung-renungkan lah...

Dan renungkan seketika……

Pemikiran kita yang seakan-akan mengawal ini kadangkala membuatkan kita terkesima seketika akan kekeliruan yang menyelimuti diri....Padahal, hanya diri kita sendiri sahaja yang boleh mengawal diri samaada kita sedar atau tidak. Semua itu hanyalah permainan emosi di antara sedar dan ilusi.

Kadang-kadang, hanya dengan senyuman seseorang itu berasakan kebahagiaan yang teramat. Kadang-kadang, hanya dengan teriakan kecil seseorang itu sudah berasakan kejatuhan yang teramat. Kadang-kadang, hanya dengan sentuhan lembut seseorang itu dapat berasakan kenikmatan yang teramat. Kadang-kadang, hanya dengan cubitan kecil seseorang itu dapat berasakan kesakitan yang teramat. Semuanya, bergantung pada perasaan diri yang kadang-kadang kita sendiri pun tidak dapat memahaminya serta menyelaminya.

Emosi dan perasaan....makna yang hampir sama tapi bercanggah, umpama magnet yang tidak boleh berjumpa sama kutubnya. Tapi, saling memerlukan antara satu sama lain untuk menyeimbangi rasukan ilusi dan realiti. Namun, tidak semua yang cantik itu indah dan tidak semua yang hodoh itu buruk !!!.... Walaupun realiti kehidupan ini teramat kejam dan tidak berperikemanusiaan, tetapi dengan kekejaman itulah kita mengenal akan diri sendiri serta makhluk yang diciptakan oleh Yang Maha Segala-galanya.....



Tinta ikhlas:BayuSufi