Isnin, 28 September 2009
Ahad, 13 September 2009
Cerpen
Tajuk : Secebis syukur
Penulis : Bayusufi
Saya lelaki, rijal sejati. Dulu, pantang sekali sang rijal ini menumpahkan titisan jernih dari kolam mata. Ibu pun selalu berpesan begitu. “Lelaki mesti kuat, lelaki perlu membara semangatnya”. Tapi hari ini saya bangkang pesan ibu. Saya pergadaikan prinsip diri. Namun tidak sekali-kali saya kesali tumpahan air mata yang menitik hari ini. Saya langsung tidak menyalahkan diri melakukan perbuatan yang dianggap memalukan kaum rijal ini. Air mata hari inilah yang telah membasahi bustan jiwa yang kian gersang dan kontang daripada pepohon zikir dan pujian pada-Nya.
Ketika enak menikmati sarapan di ruang makan bersama sahabat-sahabat serumah, saya menerima sepucuk
Haikal rafiq terakrab saya. Dia saya anggap seperti saudara sendiri. Sentiasa saya lonjakkan harapan ke ribaan Yang Esa agar persahabatan yang terjalin, semurni untaian ukhuwah Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar, sebening ikatan Muhajirin dan Ansar. Namun entah mengapa harapan saya itu dipuput bayu, hilang bersama senja nan merah. Rafiq itu tiba-tiba menghilang. Tiada khabar berita.
Wad 9U ( Orthopedik )
Pusat Perubatan Universiti
Petaling Jaya
29 Jun 2002.
Assalamualaikum. Salam sesuci nur sobah kuhulurkan buat dirimu yang senantiasa dalam ingatan. Maafkanku kerana menghilang tanpa khabar bicara. Diam bukan bererti lupa. Namamu pasti singgah dalam kalam doaku. Apa khabar dirimu? Harapanku agar kau sentiasa sihat dan berada di bawah lembayung Maghfirah dan kasih Ilahi.
Bacaan saya ternoktah di situ. Bola mata singgah kembali ke alamat yang tertulis di penjuru
Aiman,
Firman Allah dalam Surah Hud ayat 11 yang bermaksud : Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh, maka mereka akan memperoleh keampunan dan pahala yang besar.
Sedaya mungkin aku
Aku kini terlantar di hospital. Kaki ini sudah tidak mampu melangkah lagi, apatah berlari. Zaman kegemilangan ketika menyertai pasukan bola sepak di kampus dulu sudahpun terkubur. Harapan untuk terpilih berada di bahagian penyerang pasukan Bola Sepak Remaja kebangsaan punah serta-merta. Duit yang kusimpan untuk membeli kasut bola Adidas yang kuidam-idamkan terpaksa aku gunakan untuk membiayai belanja perubatan. Segala-galanya hanya tinggal impian. Sesekali aku mencongak-congak perjalananku di masa depan. Maka tatkala itu, sedih dan sayu menerobos atma. Tapi aku tidak salahkan takdir. Mungkin ini kifarah dosa silamku.
Terasa darah berlari deras di segenap diri. Saya langsung tidak mengetahui sahabat saya ini terlantar di hospital lantaran kepupusan khabar darinya. Pantas naluri mencaci diri kerana meragut hak seorang sahabat. Sahabat yang mulia adalah sahabat yang akan berada di sisi sahabat yang lain samada ketika senang atau susah. Hati saya meronta resah ingin tahu kisah lanjut.
Aiman
Seawal september tahun lalu, kaki kiriku mula sakit. Terasa kebas menyucuk hingga ke sum-sum. Kusangkakan akibat aku terlalu ghairah berlatih untuk persiapan perlawanan bola sepak yang bakal tiba. Kau tentu tahukan! Aku pasti kecewa jika aku gagal tanpa persiapan rapi. Hatiku akan puas jika sebelum itu aku telahpun berusaha bersungguh-sungguh walaupun gagal juga selepas itu. Konsep tawakkal yang pernah dimunaqashah ketika usrah bersama Ustaz Amin dahulu. Tentu semuanya masih segar diingatanmu.
Sakit dan kebas-kebas pada kaki kiriku makin hari makin bertambah. Aku hanya membiarkan sahaja. Tapi ada kalanya, Huzaifah teman sebilikku menghulurkan khidmat tukang urut padaku. Katanya dia belajar mengurut daripada datuknya yang berasal dari Sumatera. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya menjadi bomoh tanpa tauliah.
3 minggu aku menahan sakit. Huzaifah sudah ragu-ragu dengan kesakitan yang mula menghantui tiap lenaku. Ketika insan enak dibuai mimpi, aku bangun menyapu minyak angin di kaki. Sedikit-sebanyak mampu menghalau pergi sakit yang menyerang. Huzaifah mula berleter lantaran aku sudah tidak boleh duduk antara dua sujud lagi ketika solat dan terpaksa menunaikan Rukun Islam kedua ini di atas kerusi. Dia menyuruhku pergi ke klinik universiti. Tapi aku mengendahkan sahaja. Suatu malam, selesai solat Maghrib dan berzikir pendek, Huzaifah mengulang suruhannya. Seperti komando lagaknya, dia memaksaku mengikutnya ke klinik pada malam itu juga. Entah mengapa, aku akur.
Aiman,
Setelah ke klinik dan menjalani X-Ray, doktor mengatakan ada bengkak di kaki kiriku. Doktor Syafiq menyuruhku ke Pusat Perubatan Universiti
28 September 2008, seperti yang dirancang, biopsi dijalankan. Biopsi ialah suatu kaedah untuk mengambil tisu di tempat yang disahkan wujudnya ‘tumour’. Aku dicucuk ubat kebas dan lututku ditebuk. Doktor memasukkan satu jarum khas untuk mengeluarkan tisu tersebut. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Hampir 2 jam aku berperang menahan sakit. Ketika itu fikiranku ditancapkan kepada Al-Khaliq. Aku yakinkan diri dengan firman Allah :
“Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka akan berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” ( Al-Baqarah:156 )
Setelah selesai semua urusan, aku diberi cuti selama 20 hari. Aku pulang ke rumah bersama abah. Huzaifah menggenggam erat tanganku. Dia mahu aku berjanji yang aku akan pulang ke UIA nanti.
19 Oktober 2008, aku ke Klinik Ortopedik PPUM bersama keluarga. Di sana aku berjumpa dengan doktor Anand, pakar tulang. Maka sekali lagi air mata jantanku ini menitik laju. Aku didiagnosiskan Osteosarcoma ( kanser tulang ). Sedih berkisar di ruang hati. Kupandang wajah emak dan abah.
Bagai mimpi, saya tidak percaya rafiq saya ini menderita seorang diri. Di mana tulus seorang sahabat yang sepatutnya saya hamparkan? Di mana setia janji seorang rafiq yang sepatutnya saya kukuhkan ikatannya? Ah, apakah saya hanya mampu menjadi sahabat ketawa sahaja. Bayangan Haikal menjelma di depan mata. Saya perlu menziarahinya! Dan perlahan-lahan saya seka memanik putih yang kian laju bertali.
Aiman,
Selalunya apabila mendapat nikmat, orang akan bergembira dan bangga. Sedikit sahaja yang ingin bersyukur atas nikmat kurniaan Ilahi itu dan lebih sedikit yang menyedari rahsia di sebalik nikmat tersebut. Tapi apabila nikmat yang dikecapi suatu masa dahulu ditarik balik oleh-Nya, maka barulah terasa suatu kehilangan. Benarlah kalamullah dalam lembaran Furqan-Nya :
“Dan Dia telah memberi kepada kamu dari segala apa yang pohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah.” ( Surah Ibrahim : 34 )
Aiman,
Setelah aku disahkan menghidap kanser tulang, aku dikehendaki menjalani rawatan kemoterapi di PPUM. 2 minggu sekali, aku berulang-alik bersama abah dari rumah ke hospital. Besarnya pengorbanan abah dan emak kepadaku. Dulu, akulah anak yang amat jarang tahu menilai erti kasih ibu dan ayah. Egoku yang membusut dulu kian menyurut. Resah mula melingkar perasaan. Apakah mampu aku membalas jasa yang menggunung tinggi ini? Apakah mampu aku menurut nasihat Luqman Al-Hakim yang diabadikan dalam Surah Luqman supaya berbuat baik kepada ibu bapa? Aku tidak mahu menjadi Tanggang Moden, Aiman. Aku tidak betah menjadi Alqamah!
Nasib insan di muka bumi ini ibarat roda.
Aiman,
Kau tentu masih ingat pada Rabiatul Adawiyah. Gadis yang selalu bertikam lidah denganku ketika kita sama-sama menyertai pasukan debat sekolah dahulu. Ada-ada sahaja pendapatku yang mahu dibangkangnya. Aku juga tidak mahu mengalah. Masakan tidak! Arrijal qawwamun ‘ala nisa’. Tapi dalam diam-diam, egoku layu jua dek panahan kasih seorang insan bernama wanita. Pertama kali memang payah untuk aku menawan hatinya. Dia gadis mulia, Aiman! Tidak keterlaluan jika kukatakan hatinya setulus Siti Fatimah, pengorbanannya semurni Siti Khadijah.
Alhamdulillah, aku mendapat pulangan yang cukup indah daripada persahabatan itu. Rabiatul Adawiyah kusunting dari bustan ayah bondanya. Kini telah 2 tahun aku dan dia ditunangkan. Aku berkira-kira ingin mendirikan mahligai bahagia bersamanya tahun ini. Namun apakan daya, takdir mengatasi impian kami. Aku pasrah. Dia juga begitu. Katanya dia percaya, niat yang baik, ikhlas dan murni ini pasti akan direstui Ilahi. Dia sanggup menunggu, menyusur musim gersang, meredah ranjau berbisa ini bersamaku. Aku amat berterima kasih padanya, Aiman.
Aiman,
Menjalani kemoterapi adalah suatu pengalaman yang memeritkan. Bak madu sepahit hempedu. Memanglah tidak dinafikan, kemoterapi adalah suatu rawatan untuk mengekang sel kanser daripada terus merebak. Tapi, terdapat jua kesan-kesan sampingannya. Kau tahu! Rambut ala tentera yang kubangga-banggakan sewaktu kita bersama dahulu, kini hanya mampu kutatap melalui foto-foto kenangan. Halai demi helai rambutku gugur. Kedua-dua lenganku berbekas hitam akibat terlalu kerap menerima suntikan. Imunisasi badan jua semakin lemah. Jasadku seolah-olah lali dengan jarum doktor. Namun batinku ini meronta-ronta mahu dilepaskan dari beban siksa yang menggalas diri. Ya Allah! Kuatkan semangatku. Tabahkan hati hamba-Mu yang dhoif ini. Moga benteng kesabaran ini terus utuh.
Aku tahu, bukan aku seorang sahaja yang merasai peritnya ujian Allah buat hamba-Nya ini. Abah dan emak jua turut berkongsi rasa denganku lebih-lebih lagi dari soal kewangan. Perbelanjaan hospital bukannya sedikit! Kalau sang kaya melabur wang bermain saham, melancong ke Eropah, membeli-belah di
Aiman,
Pengalaman berada di hospital adalah sesuatu yang sukar dikikis dari kotak memori. Sesukar melupakan kemesraan yang berputik antara kau dan aku. Kerinduan terhadap bingkisan ilmu dan teman-teman seperjuangan mula mengepung diri tatkala sepi bertandang. Tapi aku pasrahkan diri dan
“Barangsiapa bersyukur atas nikmat kurniaan-Ku nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku. Dan barangsiapa kufur maka ingatlah bahawa azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim:7)
Hujan menitik renyai membasahi bustan jiwa. Saya tahu dia seorang yang tabah, berjiwa kental. Musibah yang melanda dirinya pasti memberi peluang untuk mendidik hati menjadi insan yang tawadhuk, sabar dan redha. Hassan Al-Basri pernah berkata : “Kebajikan yang tidak ada padanya kejahatan ialah keafiatan serta syukur. Maka banyaklah orang yang memperoleh nikmat yang tidak bersyukur.” Getar hati kian berganda. Terus-terusan mata saya melirik bait kalam selanjutnya.
Aiman,
Di hospital, ramai yang senasib dengaku. Masih muda remaja, masih baru belajar mengenal erti hidup yang bak fatamorgana di jalanan ini. Aku kenal rapat dengan seorang sahabat yang kukira cukup istimewa. Dialah yang banyak mengajarku menghargai apa yang ada pada diri. Meyakinkan diri untuk mula melangkah kembali bahkan berlari di
28 disember 2008, tarikh keramat dalam lipatan sejarah hidupku. Aku disorong ke bilik pembedahan pada jam 11 pagi. Aku tidak gentar kerana kutahu doa dan semangat abah, emak, keluarga, sahabat-sahabat dan Rabiatul Adawiyah mengiringiku. Nafas kutarik dalam-dalam. Aku yakin Allah bersamaku. Debar berkisar di ruang bilik yang kukira terlalu asing. Dengan Asma’ Allah dan tiga kali selawat yang bergetar di bibir, aku mula terputus hubungan dengan seluruh isi dunia. Kelam. 7 jam selepas itu, aku mula membuka membuka mata. Kulihat semuanya berada di sisiku. Kucuba menguntum senyum. Tanda aku puas segala-galanya sudah berjaya aku lalui. Benarlah sabda Rasulullah SAW “Apabila Allah menyenangi hamba maka diuji agar Allah mendengar permohonannya (kerendahan dirinya).”
Kini aku redha dengan apa yang aku miliki. Lututku telah diganti dengan ‘implant’ besi yang hanya boleh dibengkokkan sebanyak 90 darjah sahaja. Gemawan hitam mula berinjak pergi. Derita kian penghujung. Tapi saat itu, resah melingkar perasaan. Tidak mungkin aku sekuat dulu. Aku tidak mahu beban yang tertanggung dirasai oleh insan yang amat kusayangi. Rabiatul Adawiyah…Wajahnya menerpa ke dimensi ingatan. Kuluahkan padannya segala waham yang membelit perasaan. Aku meminta dia menolak pergi impian kami jauh ke dada langit. Biar ia hilang bersama senja nan merah kerana aku sedar dan insaf akan kekurangan dan kedhoifan diri. Tapi semua yang mengepung minda terpagut dek bicaranya. Kelembutan tuturnya memancing diri. Rabiatul Adawiyah redha dengan segala-galanya. Katanya dia akan menerimaku dalam keadaan mana sekalipun. Hamparan sabda Rasul yang dibacakan olehnya padaku benar-benar meruntun kalbu. “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam cinta kasih dan belas kasih seprti suatu tubuh. Apabila kepala mengeluh (pening dan sakit) maka seluruh badan tidak boleh tidur dan demam.” Ah, wanita itu! Sabarnya tiada bertepi. Pengorbanannya saujana samudera yang membiru. Doaku moga dialah jua Ainul Mardhiah yng ditakdirkan untukku di Firdausi kelak. Amin…
Saya lempar pandangan ini jauh-jauh. Di luar
Aiman,
Di luar
Sahabatmu,
Muhammad Haikal.
Sabtu, 12 September 2009
Lirik lagu Peta 2009
Penulis Lirik : Noor hafidzanee @ Zizie
Pengubah lagu : Marcus (pelajar peta 2009)
Penyanyi : Reynaldo @ Rey (Johan bintang RTM 2008)
HATI PERANTAU
Karya : Noor hafidzanee Dzullailee
Setiap langkah kaki ku
Tersirat seribu ki sah
Memenuhi ruang diri
Menghimpit terlindung
membeban
perasaan
ku………..
desir angin yang meniup
Menghulurkan salam damai
Di tengah kehangatan
memancar kan
Punahkan segala
Oh....oh...
Chorus:
Kan ku genggam segalanya
Walau merintih duka
Kanku capai inginku
Menepis sengsara
Biarku meratap sendiri
Lumpuhkan sgala terjah
Biarku menguatkan sepi
Kukuhkan diri
Tak teratur tapak ku
Di atas garis duniawi
Takkan terundur langkahku
Mengenang segala pun derita
Ranjau duri..oh......
*********
Kedukaan mengejarku ini
Tak mengenal
Erti perkiraan
melangkah di dalam pen ca rian
oh.....oh.....
Biarku menatap sendiri
Lumpuhkan sgala terjah
Biarku menguatkan sepi
Kukuhkan diri
** kembara akan ku teruskan
mencari pengertiannya
berdiri penuh harapan
terabdi selama
selamanya........
Bayusufi@zizie