Khamis, 30 Julai 2009

renung-renungkan lah...

Dan renungkan seketika……

Pemikiran kita yang seakan-akan mengawal ini kadangkala membuatkan kita terkesima seketika akan kekeliruan yang menyelimuti diri....Padahal, hanya diri kita sendiri sahaja yang boleh mengawal diri samaada kita sedar atau tidak. Semua itu hanyalah permainan emosi di antara sedar dan ilusi.

Kadang-kadang, hanya dengan senyuman seseorang itu berasakan kebahagiaan yang teramat. Kadang-kadang, hanya dengan teriakan kecil seseorang itu sudah berasakan kejatuhan yang teramat. Kadang-kadang, hanya dengan sentuhan lembut seseorang itu dapat berasakan kenikmatan yang teramat. Kadang-kadang, hanya dengan cubitan kecil seseorang itu dapat berasakan kesakitan yang teramat. Semuanya, bergantung pada perasaan diri yang kadang-kadang kita sendiri pun tidak dapat memahaminya serta menyelaminya.

Emosi dan perasaan....makna yang hampir sama tapi bercanggah, umpama magnet yang tidak boleh berjumpa sama kutubnya. Tapi, saling memerlukan antara satu sama lain untuk menyeimbangi rasukan ilusi dan realiti. Namun, tidak semua yang cantik itu indah dan tidak semua yang hodoh itu buruk !!!.... Walaupun realiti kehidupan ini teramat kejam dan tidak berperikemanusiaan, tetapi dengan kekejaman itulah kita mengenal akan diri sendiri serta makhluk yang diciptakan oleh Yang Maha Segala-galanya.....



Tinta ikhlas:BayuSufi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan